Year: 2019

Rehat Minda Tingkatan 5

Selasa, 01 Oktober 2019 – Murid-murid tingkatan 5 yang mengadakan aktiviti rehat minda bagi memberi kerehatan kepada minda setelah bertungkus-lumus membuat persediaan bagi menghadapi SPM yang bakal menjelma. Program sehari ini membawa mereka ke Taman Rekreasi Lalang-Layang di Selayang dan seterusnya beriadah dalam permainan bowling di One Utama Shopping Centre, Petaling…

Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat SPM

Sabtu, 28 September 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 5 hari ini meluangkan masa bagi menghadiri majlis interaksi akademik dan solat hajat untuk anak-anak mereka yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Perbincangan akademik bersama guru-guru lebih melihat kepada perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak menerusi peperiksaan percubaan SPM yang…

Majlis Restu Ilmu Calon PT3 2019

Jumaat, 27 September 2019 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 yang akan berlangsung pada minggu hadapan, murid-murid calon PT3 telah mengambil kesempatan untuk memperolehi restu daripada guru-guru atas segala ilmu telah yang diperolehi. Majlis yang diadakan pada waktu perhimpunan pagi itu turut mendengar ikrar dan janji calon-calon PT3 untuk berusaha mendapatkan…

Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat PT3

Sabtu, 21 September 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 3 hari ini meluangkan masa bagi menghadiri majlis interaksi akademik dan solat hajat untuk anak-anak mereka yang bakal menghadapi PT3 tidak lama lagi. Perbincangan akademik bersama guru-guru lebih melihat kepada perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak menerusi peperiksaan percubaan PT3 yang…

Jamuan Istimewa Principal’s List

Jumaat, 20 September 2019 – Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBP Integrasi Gombak hari ini berbesar hati meraikan murid-murid cemerlang dalam Percubaan SPM dan PT3 yang lalu dengan membawa mereka ke Restoran Volcano Shabu-Shabu di Shaftsbury Putrajaya untuk menjamu mereka yang tersenarai dalam  Principal’s List. Jamuan istimewa ini juga turut disertai…

Lawatan Penandaarasan dari SMS Pasir Puteh

Khamis, 19 September 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menerima kehadiran 15 orang guru dan 24 orang murid dari SMS Pasir Puteh bagi mengaadakan penandaarasan di sekolah ini. Objektif penandaarasan ini lebih kepada pengurusan pusat sumber sekolah. Di samping itu mereka juga sempat meninjau beberapa perkara lain yang…

Sambutan Maal Hijrah 1441

Sabtu, 07 September 2019 –  Sempena tahun Hirah 1441 yang baru bermula, warga SBPI Gombak hari ini turut menzahirkan kesyukuran dengan meraikan kedatangan bulan baharu dalam kalendar Hijrah dengan mengadakan perarakan mengikut kumpulan rumah.  Perarakan yang bermula di padang sekolah berakhir di Dewan Seri Gemilang diikuti dengan ceramah Maal Hijrah…

Hari Keusahawanan

Sabtu, 24 Ogos 2019 – Hari Keusahawanan telah diadakan hari ini dengan penyertaan dari beberapa agensi luar dan juga sistem rumah dengan membuka booth-booth jualan.  Melalui pasukan rumah, murid-murid telah dapat membuka booth jualan dan mengihas dengan krativiti masing-masing. Hasil jualan dapat meningkatkan kewangan rumah masing-masing. Melalui program ini, Pn Pengetua…

Karnival Permainan Tradisional

Rabu, 21 Ogos 2019 – Sempena bulan kebangsaan, Karnival Permainan Tradisional telah diadakan pada hari ini semasa waktu kokurikulum mingguan.  Karnival kali ini mempertandingkan beberapa permainan tradisional dengan objektif budaya bangsa dapat terus dipelihara sebagai identiti kebangsaan.  Antara permainan yang dipertandingan mengikut sistem rumah ialah congkak, batu seremban, konda kondi,…

Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

Rabu, 31 Julai 2019 – Bersempena kedatangan bulan Ogos, majlis pelancaran Bulan Kebangsaan telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang.  Sepanjnag bulan Ogos ini telah direncanakan pelbagai aktiviti agar semangat kemerdekaan dapat disemarakkan dalam kalangan warga SBPI Gombak sehinggalah kemuncak tarikh keramat 31 Ogos yang bakal menjelma.  Majlis…