Year: 2020

Majlis Perpisahan Pn Zamimah Md Johari

Ahad, 07 Jun 2020 – Majlis sempena menghargai perkhidmatan Pn Zamimah Md Johari, bekas Guru Biologi SBPI Gombak telah diadakan hari ini secara online di Youtube menerusi saluran INTEGOMB TV.  Pn Zamimah yang telah memulakan tugas beliau di SBPI Gombak pada 2009 telah bertukar ke Sekolah Alam Shah Putrajaya mulai…

Majlis Khatam Al-Quran, Ramadan 1441H

Rabu, 20 Mei 2020 – Ihya Ramadan terus di semarakkan lagi dengan aktiviti Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung pada pukul 10.00 pagi ini.  Majlis yang berlagsung secara atas talian dalam saluran INTEGOMB TV di laman YouTube itu telah memperdengarkan bacaan Al-Quran oleh muid-murid SBPI GOMBAK dengan bimbingan Ustaz Solihin. …

Iftar Jamaie Ramadan 1441H

Selasa, 19 Mei 2020 – Walaupun dalam pelaksanaan PKP dan semua murid berada di rumah masing-masing, program  Iftar Jamaie bersempena bulan Ramadan tetap dijalankan.  Program kali ini telah disiarkan secara online melalui penayangan klip-klip video warga SBPI Gombak mejalankan iftar di rumah masing-masing dalam saluran INTEGOMB TV di YouTube.  Pn…

PROJECT COVID GOT TALENT

Khamis, 16 April 2020 – Projek bermula dengan semua murid diketuai oleh guru muda masing- masing , mengumpulkan semua soalan SPM/ Percubaan Negeri , SBP dan MRSM. Kumpulan ini mencuba terlebih dahulu soalan yang dikumpul oleh ahli kumpulan masing-masing . Kemudian mereka memilih beberapa soalan untuk dibuat video penerangan bagi…

Majlis Graduasi SPM Ke-15

Khamis, 05 Mac 2020 – Bersempena dengan pengisytiharan keputusan SPM bagi tahun 2019 hari ini, SBPI Gombak buat julung kalinya turut mengadakan Majlis Graduasi Ke-15 pada hai yang sama.  Keputusan peperiksaan kali ini mencatatkan peningkatan GPS, walaupun berada pada rangking ke-8 SBP berbanding ke-5 pada tahun lepas. Lebih manis lagi…

Integomb Got Talent : Teater Muzikal Mahsuri

Ahad, 01 Mac 2020 – Program ‘Integomb Got Talent’ yang menjadi agenda tahunan PIBG sekolah ini bagi mengumpul dana telah mengadakan ‘Teater Muzikal Mahsuri’. Teater muzikal di bawah arahan En Asmizi bin Zakaria dari Sekolah Seni Kuala Lumpur melibatkan 111 orang murid sebagai pelakon, penari, pemuzik, penyanyi dan kru produksi….

Majlis Bakti Disanjung Budi Dijunjung

Jumaat, 28 February 2020 – Warga SBPI Gombak hari ini mengadakan majlis ‘Bakti Disanjung Budi Dijunjung’ bagi menghargai Pn Patiah Sapwani yang akan bersara mulai esok dan juga En Zulkipli bin Abdul Latib yang telah bertukar ke SBPI Gopeng sebagai pengetua di sekolah tersebut. Pn Patiah yang telah memulakan perkhidmatannya…

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-17

Sabtu, 22 Februari 2020 – Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-17 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan dan hiasan khemah rumah. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada rumah Zamrud sebagai juara, manakala rumah Delima…

Ulang Tahun INTEGOMB Ke-17

Isnin, 17 Februari 2020 – Tujuh belas tahun yang lalu pada 17 Februari 2003, SBPI Gombak telah menerima kemasukan murid perintis untuk beroperasi  buat pertama kalinya sebagai sebuah sekolah. Sempena mengenang peristiwa tersebut warga sekolah hari ini telah meraikannya sebagai ulang tahun ke-17 SBPI Gombak sewaktu perhimpunan rasmi mingguan di…

Majlis Aku Janji Calon SPM & PT3, 2020

Sabtu, 15 Februari 2020 – Calon-calon SPM dan PT3 bagi tahun 2020 hari ini telah melafazkan ikrar dan aku janji mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut di hadapan guru-guru dan ibu bapa yang telah hadir pada majlis yang telah berlangsung di Dewan Seri Gemilang hari ini. Pn Nor Hayati…