Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-12

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-12

26.04.15, AHAD – Kejohanan Olahraga Tahuan SBP Integrasi Gombak ke-12 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini. Pelbagai acara olahraga telah dipertandingkan dalam kejohanan kali ini termasuklah pertandingan hiasan khemah rumah sukan, senamrobik, perbarisan dan tarik tali.

Kolonel Muhamad Anwar bin Abdullah, Naib Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak telah merasmikan kejohanan pada kali ini, mewakili YDP PIBG.

Kejohanan kali ini telah menyaksikan rumah sukan Hijau Zamrud sekali lagi mengungguli tempat pertama secara keseluruhannya seperti tahun lalu. Perhiasan khemah rumah sukan telah dimenangi oleh rumah Kuning Topaz, manakala perbarisan dan senamrobik telah dungguli oleh rumah Merah Delima.

KOT01

Pn Pengetua menyambut ketibaan VIP

KOT02

Hiasan khemah rumah Kuning Topaz

KOT03

Perbarisan rumah Merah Delima

KOT04

Senamrobik rumah Merah Delima