Anugerah Sistem Rumah & Kokurikulum 2019

Anugerah Sistem Rumah & Kokurikulum 2019

Jumaat, 22 November 2019 – Menutup tirai persekolahan 2019, Majlis Anugerah Sistem Rumah & Kokurikulum telah diadakan hari ini bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah memberi sumbangan dan kecemerlangan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.  Majlis ini telah disempurnakan oleh En Mohd Zahri bin Abdul Rahim, Yang Dipertua PIBG, SBPI Gombak. Beliau juga telah menyampaikan hadiah dan sijil-sijil pengiktirafan kepada murid-murid yang terlibat.  Keseluruhan Sistem Rumah Terbaik pada tahun ini masih mengekalkan keunggulan rumah Delima (merah) seperti tahun terdahulu.  Selesai majlis di Kalang Cekal, perjumpaan mentor-mentee kali terakhir untuk tahun 2019 telah diadakan dan diikuti dengan Jamuan Akhir Tahun persekolahan di Dewan Seri Selera.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :