BEGIN CHALLENGE 2016

BEGIN CHALLENGE 2016

BEGIN CHALLENGE 2016

Rabu, 25 Mei 2016 – Seramai 4 orang murid-murid SBPI Gombak hari ini telah menyertai Pertandingan Beyond Engineering Innovation (BEGIN) Challenge 2016 peringkat kebangsaan.  Pertandingan yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya ini telah disertai oleh Muhammad Muiz Ahmad Jefry, Nik Irfan Ar-Razi Mohd Asri, Haziq Abdul Wahab dan Mohamad Syahrul Iqmal Mohd Baharudin. Mereka telah diiringi oleh Pn Dahliza Kamat.  Melalui pertandingan ini mereka telah membentangkan sebuah projek inovasi yang telah melayakkan mereka memenangi hadiah utama bernilai RM1500.  Mereka juga telah mengungguli undian terbanyak pengunjung sehingga berjaya mendapat anugerah ‘crowd favourite award’.

Sila klink link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :

 

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!