Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari

Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari

Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari

Selasa, 30 Oktober 2018 – Pasukan bola sepak SBPI Gombak telah terpilih menyertai Kejohanan Piala Dato Mokhtar Dahari 2018 bawah 15 tahun bermula pada 23 Oktober hingga 17 November 2018. Kejohanan yang berkonsepkan liga juara sekolah-sekolah selangor melibatkan penyertaan sebanyak 32 pasukan dari seluruh selangor. Pada kejohanan kali ini, pasukan Integomb (Gombak) telah diundi dalam kumpulan G bersama pasukan dari SMK Jalan 4 (Hulu Langat), pasukan SMK Dengkil (Sepang) dan juga SMK Dato Harun (Kuala Selangor).Pasukan ini tidak berjaya untuk ke peringkat ke-2 dan hanya mendapat tempat ketiga dalam kumpulan G. Tahniah kepada pasukan bolasepak Integomb yang telah dilatih oleh En. Farhan (jurulatih) serta En. Mohd Baki (pengurus) kerana berjaya membawa pasukan bola sepak Integomb menyertai kejohanan yang berprestij ini. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di masa hadapan.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!