Hari Anugerah Kualiti 2017

Hari Anugerah Kualiti 2017

Rabu, 01 November 2017 – En Shamsuddin bin Mustapha, Timbalan Pengarah (Sekolah Kecemerlagan) BPSBPSK hari ini telah sudi merasmikan Hari Anuegrerah Kualiti, SBPI Gombak bagi tahun 2017.  Majlis ini adalah untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada lebih 160 orang murid yang telah memberi sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang NILAM, Kokurikulum dan juga Hal Ehwal Murid (HEM) di sekolah mahu pun di peringkat yang lebih tinggi. Organisasi dan beberapa pihak luar yang turut memberi sumbangan kepada sekolah juga telah diberikan penghargaan dalam majlis ini. Pencapaian NILAM pada tahun ini telah diungguli oleh rumah Hijau Zamrud sebagai terbaik keseluruhan. Kelab Taekwondo, Kelab Rekacipta & Inovasi serta Kelab Ragbi masing-masing masih telah berjaya dinombatkan sebagai Unit Beruniform, Kelab Persatuan dan Sukan Permainan terbaik. Rumah Merah Delima pula tahun ini meraih gelaran sebagai Rumah Terbaik Keseluruhan.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Hari Anugerah Kualiti 2017