Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali ke-43 2016

Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Kali ke-43 2016

IMG_20160522_153913 IMG_20160522_153916 IMG_20160522_153922 IMG_20160522_154101 IMG_20160522_154105 IMG_20160522_154115 IMG_20160522_154117 IMG_20160525_094657 IMG_20160525_094701 IMG_20160525_094706 IMG_20160525_152129 IMG_20160525_165219 IMG_20160525_165222 IMG_20160525_165227Kubang Pasu – Pada 22 hingga 26 Mei 2016, SMS Kubang Pasu telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Kali ke-43 tahun 2016. Banyak acara yang dilangsungkan seperti pameran, Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan Majlis Anugerah Cemerlang SBP Bagi pencapaian cemerlang Akademik, Kokurikulum, dan Asrama Terbilang 2015. Kontijen SBP Integrasi Gombak telah menghantar pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Meskipun mempamerkan semangat juang yang tinggi, pasukan bahas Bahasa Inggeris akhirnya tewas pada peringkat 16 pasukan terbaik di tangan MCKK Kuala Kangsar. Begitu juga pasukan bahas Bahasa Melayu yang tewas pada peringkat suku akhir di tangan STAR Ipoh. Sekalung penghargaan diucapkan kepada kedua-dua pasukan tersebut. Tidak dilupakan kepada semua pentadbir, guru-guru pengiring, jurulatih dan seluruh warga SBPI Gombak yang turut mendoakan perjalanan pasukan ini. Adat bertanding, ada kalah dan ada menang, sesungguhnya, kejayaaan yang tertangguh ini mampu diraih pada tahun hadapan yang bakal berlangsung di SMS Banting, Selangor.