International Linkage Community 2016

International Linkage Community 2016

Rabu, 28 September 2016 – Program International Linkage Community (ILC) yang telah diperkenalkan pada tahun lepas telah dilaksanakan sekali lagi pada tahun ini bermula 24 hingga 28 September dengan jayanya. Program kali ini telah menghimpunakan 5 buah sekolah dari 4 buah negara selain SBPI Gombak sebagai tuan rumah. Sekolah-sekolah antarabangsa yang terlibat ialah Pag-Asa dari Filipina, Sekolah Tunas Unggul (Bandung, Indonesia), Cikal Secondary School (Jakarta, Indonesia), King’s College (Bangkok, Thailand dan Itsukaichi Senior High School (Hiroshima, Jepun). Program yang memberi fokus kepada tiga tunjang utama iaitu integriti, kepimpinan dan kebudayaan ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan, forum, persembahan kebudayaan, pameran dan sebagainya. Program ini benar-benar telah memberi peluang kepada semua sekolah yang terlibat untuk saling mengenali dan memahami perbezaan dari pelbagai latar budaya.

Click onto the links below for videos and photos :