Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon A

Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon A

Ahad, 09 April 2017 – Bermula pada hari Jumaat (07 April 2017) yang lalu, sekolah-sekolah berasrama penuh daripada Zon A telah mengadakan perlawanan bola keranjang SBP yang berlangsung di Sekolah Menangah Sains Selangor bagi kategori perempuan dan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras bagi kategori Lelaki. SBPI Gombak sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara bagi pasukan lelaki apabila tewas di tangan Sekolah Alam Shah sewaktu pertandingan peringkat akhir. Pasukan perempuan pula hanya mampu berada pada tempat ketiga apabila tewas di tangan SM Sains Selangor sewaktu peringkat separuh akhir.  Berikut adalah keputusan penuh perlawanan. Kategori Lelaki : Juara – Sekolah Alam Shah, Naib Juara – SBPI Gombak, Ketiga Bersama – SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor. Kategori Perempuan : Juara – Sekolah Seri Puteri, Naib Juara – SM Sains Selangor, Ketiga Bersama – SBPI Gombak & SMAP Labu.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :