Kejohanan Memanah Kebangsaan SBP 2015

Kejohanan Memanah Kebangsaan SBP 2015

Kejohanan Memanah Satu Murid Satu Sukan SBP Kebangsaan  telah berlangsung dengan jayanya selama 4 hari bermula 5-8 MAC 2015 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Para peserta memanah memberi kerjasama yang baik sepanjang kejohanan telah diadakan. Terima kasih kepada pihak SBP dan pihak sekolah kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada para pemanah SBP Integrasi Gombak untuk menyertai Kejohanan Memanah yang dianjurkan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada para guru penasihat Pn.Rohani Bt. Asbani dan En. Safari B. Abdul Razak kerana bertungkus lumus memastikan Kejohanan Memanah ini berjalan dengan lancar. Namun begitu, para pemanah SBP Integrasi Gombak kurang bernasib baik untuk menggondol tempat dalam kejohanan tersebut. Berkat semangat dan kerjasama antara para pemanah SBP Integrasi Gombak keputusan amat memberangsangkan.

Para pemanah perlu didedahkan lagi dengan latihan yang berterusan seiring dengan pemantauan Jurulatih Khas. Galakan dan sokongan dari pihak sekolah juga dapat menaikkan lagi potensi para pemanah. Pasukan memanah SBP Integrasi Gombak berazam akan berusaha dengan gigih lagi bagi memastikan pencapaian yang lebih baik di masa-masa akan datang.

Majlis penutup disempurnakan Dr. Hajah. Rosnah Binti Selamat, Timbalan Pengarah BPSBPSK Kementerian Pendidikan Malaysia.  Majlis penutup diadakan pada 8 Mac 2015  di Dewan Besar Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang tepat jam 12.00 tengahari.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!