Kejohanan Olahraga Ke-13

Kejohanan Olahraga Ke-13

Khamis, 28 Julai 2016 – Kejohanan Olahraga Tahunan SBPI Gombak Kali ke-13 telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mejar (B) Mohd Abdul Wahab, ahli jawatankuasa PIBG mewakili Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak. Dalam ucapannya, beliau berharap setiap murid meningkatkan keyakinan diri dalam usaha memartabatkan mutu sukan dalam kalangan murid SBP. Kejohanan Sukan Kali Ke-13 telah dimenangi Johan  oleh Rumah Topaz Kuning, Naib Johan Rumah Zamrud Hijau, Ketiga, Delima Merah dan Keempat Rumah Nilam Biru. Kejohanan kali ini juga dilengkapi dengan kemeriahan perbarisan, hiasan khemah dan hiasan papan kenyataan. Tahniah kepada para pemenang. Sesungguhnya, anda hebat di balapan, hebat mengejar impian.

 

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar peristiwa :