Kem Kepimpinan Kokurikulum Tingkatan 2

Kem Kepimpinan Kokurikulum Tingkatan 2

Ahad, 9 Oktober 2016  – Seramai 62 orang murid-murid tingkatan 2 hari ini telah berjaya menamatkan  aktiviti Kem Kepimpinan Kokurikulum yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Ampang Pecah, bermula petang 7 Oktober yang lalu. Kem ini bertujuan untuk membina dan memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan murid-murid tingkatan 2.  Selama lebih kurang 3 hari ini, pelbagai aktiviti luar telah dijalankan antaranya berkayak, merentas sungai, ikhtiar hidup dan sebagainya.  Semua aktiviti telah dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dengan bantuan beberapa orang guru SBPI Gombak.

Sila klik link untuk gambar-gambar peristiwa :