Latihan Kebakaran

Latihan Kebakaran

Rabu, 17 Ogos 2016 – Kemungkinan dalam menghadapi kemungkinan bencana dan kemalangan perlu sentiasa diambil berat. Persediaan menghadapi musibah haruslah sentiasa dipandang serius.  Berkaitan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini telah mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan seluruh warga sekolah. Setelah loceng kecemasan dibunyikan semua warga sekolah telah berkumpul di tempat berkumpul yang telah dikhaskan semasa berlakunya kecemasan atau kebakaran. Wakil pihak bomba telah mengambil peluang  ini untuk memberi taklimat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila terjadinya kebakaran. Beliau berharap semua orang tidak memandang ringan tentang aspek keselamatan.  Demonstrasi memadam api menggunakan alat pemadam api juga telah dilakukan dan ini telah memberi peluang kepada beberapa orang guru dan murid untuk turut mencuba.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar peristiwa :