Lawatan Penandaarasan MRSM Muadzam Shah

Lawatan Penandaarasan MRSM Muadzam Shah

Khamis, 26 Mei 2016 – Seramai 17 orang guru dari MRSM Muadzam Shah, Pahang telah mengadakan lawatan penandaarasan mereka ke sekolah ini. Delegasi ini telah mengambil peluang mengadakan sesi soal jawab bersama Pn Noridah Ramlan, Guru Penolong Kanan SBPI Gombak mengenai sistem, program dan pelbagai amalan yang dipraktikkan sekolah ini sehingga boleh muncul sebagai salah sebuah SBP terbaik di negara ini.  Selain daripada itu guru-guru MRSM Muadzam Shah juga telah sempat berbual dan berkongsi maklumat dengan giri-guru sekolah ini bagi kebaikan bersama di samping melawat dan meninjau kawasan sekolah.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :