Lawatan Penandaarasan SMS Tuanku Jaafar

Lawatan Penandaarasan SMS Tuanku Jaafar

Sabtu, 8 Februari 2020 – Barisan badan kepimpinan murid dan Badar SM Sains Tuanku Jaafar telah mengadakan kunjungan  penandaarasan Badan Kepimpinan Murid yang bertujuan untuk berkongsi amalan baik dalam kepimpinan dan bertukar-bertukar pandangan antara kedua-dua sekolah, Seramai 37 orang murid yang merupakan Badan Kepimpinan Murid dan Badar telah  bersama 3 orang guru termasuk seorang guru merupakan Penolong Kanan Hem SMSTJ iaitu Pn Hajah Nor Aini bt Ahmad telah disambut mesra kedatangan mereka oleh pengetua, PK HEM, En adib ( guru pengawas ) dan Pn Amal (guru badar) dan Badan Kepimpinan Murid SBPI Gombak . Sejurus tiba, sesi pengambaran diadakan. Selepas itu, taklimat di sampaikan olehPn Nor Hayati Binti Yusoff , pengetua SBPI Gombak. Tetamu yang hadir disajikan dengan Tayangan video koperat sekolah dan ‘Presentation slide’ Badan Kepimpinan Murid dan Badar.
Sebelah malam , perjumpaan mengikut unit kepimpinan diadakan di surau sekolah untuk membolehkan semua yang hadir mendapat input bermakna . Keesokan pagi , Ahad 09.02.2020, sebelum pulang. Pelajar STJ Berpeluang bersama dengan semua pelajar SBPIG melakukan riadah senamrobik dengan dibimbing oleh En Fuad yang merupakan warden bertugas hari tersebut.
Selepas selesai sesi penyampaian cenderamata dan bergambar, rombongan SMS Tuanku Jaafar berangkat pulang .

*Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :