Lawatan SMA Muhammadiyah Kudus, Indonesia

Lawatan SMA Muhammadiyah Kudus, Indonesia

Khamis, 12 April 2018 – Seramai  15 orang murid-murid daripada SMA Muhammadiyah, Kudus, Indonesia telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak dari 9 hingga 12 April.  Melalui lawatan ini mereka dapat mengenali SBPI Gombak dan seterusnya mempelajari sistem pembelajaran dan pengurusan yang diamalkan di sekolah ini. Murid-murid juga dapat memahami budaya pembestarian dalam pembelajaran yang menjadi trend pembelajaran masa kini. Kesempatan bersama warga SBPI Gombak digunakan juga untuk saling bertukar-tukar pengalaman dan budaya yang boleh dijadikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :