Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-15

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Ke-15

Sabtu, 07 April 2018 – SBPI Gombak hari ini mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Kali Ke-15 bagi tahun 2018.  Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Gemilang ini meraikan marud-murid lepasan SPM 2017 yang telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan terhadap pencapaian mereka dalam peperiksaan tersebut. Murid-murid tingkatan 1 hingga 4 yang cemerlang dalam pelajaran sepanjang tahun lepas juga turut diberi anugerah sebagai penghargaan kepada usaha cemerlang mereka. Majlis kali ini telah disempurnakan oleh YBHG. En Shamsuddin Bin Mustapha, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain ucapan, majlis juga turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :