Majlis Interaksi Akademik PT3 dan SPM

Majlis Interaksi Akademik PT3 dan SPM

Sabtu, 15 Julai 2016 – Murid-murid calon PT3 dan SPM hari ini berpeluang mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka dengan lebih jelas melalui majlis interaksi yang diadakan hari ini.  Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada En Salleh bin Ismail, pengetua SBP Integrasi Gombak yang turut membentangkan keputusan ‘Peperiksaan Pertengahan Tahun’ murid-murid.  Melalui keputusan peperiksaan tersebut tuan pengetua juga membentangkan langkah-langkah yang telah direncanakan pihak sekolah terutamanya dalam mengatasi beberapa kelemahan agar kemajuan murid-murid dapat dipertingkatkan sebagai persediaan menghadapi PT3 dan SPM.  Ibu bapa juga diberi saranan agar dapat bekerjasama memainkan peranan mereka dengan baik agar segala langkah-langakah yang direncanakan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.  Selepas itu, ibu bapa berpeluang bertemu dengan guru-guru setiap mata pelajaran untuk mengetahui dan membincangkan prestasi akademik anak masing-masing.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar peristiwa :