Majlis Khatam Al-Quran, Ramadan 1441H

Majlis Khatam Al-Quran, Ramadan 1441H

Rabu, 20 Mei 2020 – Ihya Ramadan terus di semarakkan lagi dengan aktiviti Majlis Khatam Al-Quran yang telah berlangsung pada pukul 10.00 pagi ini.  Majlis yang berlagsung secara atas talian dalam saluran INTEGOMB TV di laman YouTube itu telah memperdengarkan bacaan Al-Quran oleh muid-murid SBPI GOMBAK dengan bimbingan Ustaz Solihin.  Saudara Muhammad Fikri bin Ahmad, Pengerusi Alumni SBPI Gombak turut berkesempatan memberikan ucapan perasmian bagi majlis pada kali ini.  Pn Pengetua berharap majlis seperti ini diharap dapat terus dijalankan walaupun secara online memandangkan situasi semasa yng sedang dihadapi kini.