Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i

Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i

Rabu, 29 Jun 2016 – Sempena meraikan bulan Ramadan Al Mubarak, warga SBPI Gombak hari ini mengadakan Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i.  Majlis yang diadakan di Surau Al-Raudah ini telah dibimbing oleh ustaz jemputan khas yang telah diundang. Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid lelaki telah memperdengarkan bacaan surah secara bergilir-gilir.  Turut hadir adalah tuan pengetua bersama AJK PIBG serta guru-guru.  Majlis ini jga telah memberi penghargaan kepada semua imam dan bilal yang telah menjalankan tugas memimpin solat sunat tarawikh. Majlis Iftar Jama’i pula telah diadakan di dewan makan asrama selepas sahaja masjli khatam al quran selesai.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :