Majlis Muafakat & Interaksi Akademik PT3 & SPM 2017

Majlis Muafakat & Interaksi Akademik PT3 & SPM 2017

Rabu, 25 Januari 2017 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2017 telah menghadiri Majlis Muafakat & Interaksi Akademik PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini.  Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh En Salleh Ismail (Pengetua SBPIG) dengan unjuran perkembangan akademik murid-murid serta strategi yang telah dirangka bagi mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam PT3 dan SPM pada tahun ini. Brigadier Jeneral Hj Muhammad Anwar Abdullah, Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak dalam ucapannya mengharapkan ibu bapa dapat mengambil peluang bertemu dengan guru-guru pada hari ini dan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu perkembangan akademik anak-anak.  Calon-calon SPM dan PT3 juga telah melafazkan ikrar dan janji mereka untuk mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki pada tahun ini.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :