Majlis Pelancaran NILAM & Jom Membaca

Majlis Pelancaran NILAM & Jom Membaca

Majlis Pelancaran NILAM & Jom Membaca

18 April 2016- Pelancaran Majlis Nilam dan Jom Membaca SBP Integrasi Gombak 2016 telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Puan Rahanim binti Abd.  Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga SBP Integrasi Gombak menyahut seruan Jom Membaca bagi meluaskan paradigm pengetahuan khususnya murid-murid dan guru-guru. Perkara ini amat sinonim dengan objektif Nilam (Nilai Ilmu Amalan Membaca) yang menjelaskan bahawa nilai tambah ilmu itu adalah dengan pembacaan yang luas.  Dalam ucapannya juga, beliau menyeru semua guru menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran seperti Student Based Learning, Pengajaran Abad ke-21 dan pelbagai kaedah yang mendorong kemantapan ilmu bacaan murid.

Dalam majlis tersebut turut diperlihatkan pelbagai aktiviti Pusat Sumber sekolah seperti Digital Learning, Pusat Akses dan pelbagai kemudahan lain. Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang terpilih dalam Aktiviti NILAM peringkat SBP Integrasi Gombak. Anda membaca, anda berkuasa, ilmu dijana, pengetahuan terbina.

Klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!