Majlis Pelancaran Program ‘Strategi 540’ PISA 2015

Majlis Pelancaran Program ‘Strategi 540’ PISA 2015

DSC02907

Bergambar bersama guru pembimbing PISA dan murid PISA 2015

PISA merupakan suatu kajian mengenai tahap dan keberkesanan sistem pendidikan sesuatu negara dalam menyediakan remaja ntuk menghadapi kehidupan selepas alam persekolahan.Akronim bagi PISA adalah Programme for International Student Assessment dianjurkan oleh Organization of Economic coorporation and Development. Terdapat lebih 60 negara menyertainya pada tahun 2012. Kajian yang dijalankan setiap 3 tahun ini, merupakan suatu agenda negara yang menjurus ke arah mengenalpasti kemampuan dan kelemahan sistem pendidikan negara untuk memastikan negara sentiasa menyediakan pendidikan yang terbaik untuk rakyat dan sekaligus memastikan terus bergerak ke arah kamajuan mapan.

Majlis disempurnakan oleh Puan Rahanim Binti Abd Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak

Majlis disempurnakan oleh Puan Rahanim Binti Abd Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak

SBP Integrasi Gombak telah terpilih antara sekolah yang akan mewakili negara di dalam kajian tersebut. Tanggal 10 Februari 2015, Pengetua sekolah-sekolah terpilih telah mengikat perjanjian untuk sama-sama memastikan kecemerlangan negara dalam kajian PISA. Pengetua SBP Integrasi Gombak telah menyahut jabaran Menteri Pelajaran Kedua untuk mencapai sasaran 540 dalam PISA 2015. Hasrat ini membawa kepada pelancaran Program Strategi 540 PISA 2015 di SBP Integrasi Gombak pada tanggal 23 Februari 2015. Dengan semangat dan komitmen guru-guru pembimbing PISA, SBP Integrasi Gombak yakin akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. PISA di SBP Integrasi Gombak akan berlangsung pada 7 Mei 2015.

 

Leave a Reply