Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)

Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)

Sabtu, 04 Januari 2020 – Alumni SBPI Gombak (GIBSA) hari ini dengan rasminya telah menyerahkan van baharu kepada pihak sekolah hasil dari pelbagai aktiviti mengumpul dana yang telah diusahakan. Saudara Muhammad Fikri bin Ahmad selaku pengerusi GIBSA, secara simbolik telah menyerahkan mock kunci van tersebut kepada Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak dalam majlis yang telah berlangsung di dewan dan lobi sekolah. Majlis turut dihadiri oleh PIBG dan murid-murid yang turut sama menyaksikan detik bersejarah tersebut. Dengan adanya pengangkutan baharu ini, sudah pasti dapat meemberi kemudahan terbaik buat semua warga SBPI Gombak.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)