Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

Jumaat, 16 Mac 2018 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang.  Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Sajoli bin Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Mesyuarat kali ini telah sebulat suara memilih untuk mengekalkan AJK sedia ada dari penggal yang lalu dalam kalangan ibu bapa untuk terus menerajui organisasi PIBG ini bagi penggal seterusnya.  Ini bermakna Yang Dipertua PIBG untuk penggal seterusnya masih Tn Hj Malek Amir Azmin bin Abdul Aziz, dan Naib YDP juga masih En Mohd Zahri bin Abdul Rahim. AJK baharu yang baru dilantik hanyalah YM Tengku  Elisa Taufik yang telah menggantikan Dato’ Abdul Halim bin Jalil.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :