Ceramah Agama Anjuran BADAR
Ceramah Agama Anjuran BADAR

Sabtu, 08 Februari 2020 – Ceramah agama bulanan diadakan di Surau Sekolah (Surau Raudah). Bermula jam 8.00 malam.  Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ammar Yaser bin Ahmad Nazri, merupakan alumni SBPI Gombak SPM 2013. Dalam ceramahnya, Ustaz Ammar mengajak sidangpendengarmenjadi orang bermanfaat kepada orang lain iaitu dengan mengamal akhlak mulia dalam…

Pelancaran Program Integriti, HIP dan NILAM
Pelancaran Program Integriti, HIP dan NILAM

Isnin, 3 Februari 2020 – Tiga program telah dilancarkan secara serentak hari ini oleh Pn Nor Hayati Yusoff, Pengetua SBPI Gombak di Dewan Seri Gemilang sewaktu perhimpunan mingguan. Program Integriti merupakan program yang bertujuan untuk membentuk nilai moral dan etika yang tinggi. Program HIP (Highly Immersive Programme) pula bertujuan meningkatkan…

Penutupan Minggu Silaturahim Murid Tingkatan 1, 2020
Penutupan Minggu Silaturahim Murid Tingkatan 1, 2020

Rabu, 22 Januari 2020 – Menutupi tirai Minggu Silaturahim Tingakatan 1, satu majlis telah diadakan di Dewan Seri Gemilang bagi dirasmikan penutupannye oleh En Muhammad Fikri bin Ahmad, Presiden Alumni INTEGOMB. Majlis telah diserikan oleh persembahan murid-murid tingkatan 1 yang telah berjaya melepasi fasa orientasi dengan jayanya. En Muhammad Fikri…

Pelantikan Guru Muda SPM & PT3, 2020
Pelantikan Guru Muda SPM & PT3, 2020

Isnin, 20 Januari 2019 – Murid-murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM dan PT3 hari ini telah dilantik sebagai guru muda mata pelajaran dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Setiap guru muda adalah bertanggungjawab membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah dalam pembelajaran.  Sistem guru muda ini adalah salah…

Jamuan Perpisahan En Zulkipli bin Abd Latib
Jamuan Perpisahan En Zulkipli bin Abd Latib

Jumaat, 18 Januari 2020 – Bersempena dengan hari terakhir En Zulkipli bin Abd Latib berkhidmat di SBPI Gombak sebagai Guru Penolong Kanan, guru-guru dan ahli kumpulan pelaksana sekolah hari ini telah mengadakan majlis jamuan perpisahan bagi menzahirkan penghargaan beliau. En Zulkipli yang bakal berkhidmat ke SBPI Gopeng sebagai Pengetua bermula…

Kejohanan Merentas Desa Ke-17
Kejohanan Merentas Desa Ke-17

Jumaat,17 Januari 2020 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2020 untuk kali ke-17 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud berada…

Pelancaran Program Mentor Mentee 2020
Pelancaran Program Mentor Mentee 2020

Isnin, 13 Januari 2020 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…

Pendaftaran Murid Tingkatan 1
Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Selasa, 07 Januari 2020 – Murid-murid Tingkatan 1 SBPI Gombak bagi kemasukan 2020 hari ini telah mendaftarkan diri di Dewan Seri Gemilang. Sempena menyambut kehadiran mereka, beberapa booth telah diwujudkan bagi mempamerkan kelebihan SBPI Gombak kepada mereka serta ibu bapa yang menghantar mereka.  Antara booth yang diwujudkan adalah booth R&D, Garage…

Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)
Majlis Penyerahan Van Sumbangan Alumni (GIBSA)

Sabtu, 04 Januari 2020 – Alumni SBPI Gombak (GIBSA) hari ini dengan rasminya telah menyerahkan van baharu kepada pihak sekolah hasil dari pelbagai aktiviti mengumpul dana yang telah diusahakan. Saudara Muhammad Fikri bin Ahmad selaku pengerusi GIBSA, secara simbolik telah menyerahkan mock kunci van tersebut kepada Pn Nor Hayati binti…

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2020
Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2020

Khamis, 02 Januari 2020 – Perhimpunan rasmi pertama bagi sesi persekolahan telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini seawal pukul 7.15 pagi.  Perhimpunan kali ini juga turut melancarkan ‘Program First Day At School 2020’ yang dihadiri oleh Inspektor Amirul Ashyraf bin Abu Hassan iaitu Pegawai Perhubungan Sekolah IPD…

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!