Pelancaran Bulan Bahasa

Pelancaran Bulan Bahasa

Rabu, 02 Oktober 2017 – Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, SBPI Gombak hari ini telah melancarkan ‘Bulan Bahasa Peringkat Sekolah’ yang telah dirasmikan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Melalui bulan bahasa, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh Jabatan Bahasa melalui panitia pelbagai bahasa yang ada di sekolah ini. En Salleh dalam ucapannya berharap bulan bahasa ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid akan peri pentingnya kemahiran berbahasa serta menguasai pelbagai bahasa selaras dengan keperluan pasaran semasa.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Pelancaran Bulan Bahasa