Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Isnin, 15 Ogos 2016 – Bertempat di Dewan Seri Gemilang, SBPI Gombak, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara peringkat sekolah telah diadakan hari ini. Pelancaran pada pagi ini telah disempurnakan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Sambutan bulan kemerdekaan dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid-murid di bawah kelolaan Panitia Sejarah. En Salleh dalam ucapan beliau antara lain berharap semoga aktiviti yang dijalankan dapat membina jati diri serta memupuk rasa kecintaan kepada negara. Selain persembahan multimedia, majlis kali ini telah disemarakkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh semua guru dan murid.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar peristiwa :