Pelantikan Guru Muda SPM & PT3

Pelantikan Guru Muda SPM & PT3

Isnin, 08 Januari 2018 – Murid-murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM dan PT3 hari ini telah dilantik sebagai Guru Muda pelajaran dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Setiap Guru Muda adalah bertanggungjawab membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah dalam pembelajaran.  Sistem Guru Muda ini adalah salah satu kaedah yang telah menjadi budaya dalam proses pembelajaran dalam kelangan murid-murid di SBPI Gombak ini agar semua murid dapat mempertingkatkan kualiti pencapaian dalam bidang akademik.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Pelantikan Guru Muda SPM & PT3