Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Ambilan Pertama & Minggu Orientasi

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 Ambilan Pertama & Minggu Orientasi

IMG_7180

Abang angkat,  murid Tingkatan 2 berada bersama murid tingkatan 1

13 JANUARI 2015 , SELASA – Seramai 83 pelajar putera dan puteri telah mendaftarkan diri mereka seawal jam 9.00 pagi di Dewan Seri Gemilang. Setelah itu, mereka menuju ke koperasi sekolah untuk membeli barang- barang keperluan asrama. Tepat jam 11.30 pagi, mereka bersama-sama ibu bapa berada di dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh para pentadbir berkenaan sistem sekolah. Pada waktu petang, murid tingkatan 1 menjalani aktiviti orientasi bersama-sama Encik Mohd Fuad Bin Abdul Wahab, kaunselor sekolah dan pembimbing rakan sebaya tingkatan 4 di Dewan Seri Gemilang.  Orientasi ini bertujuan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Leave a Reply