Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Rabu, 04 Januari 2017 – Tahniah dan selamat datang kepada murid-murid tingkatan 1 yang telah terpilih menjadi warga baharu SBPI Gombak.  Hari ini murid-murid yang terpilih telah mendaftar diri dan disambut dalam satu majlis khas untuk mereka. Melalui majlis yang turut dihadiri oleh En Syairus, wakil PIBG ini, pihak sekolah telah memberikan pelbagai taklimat kepada para ibu bapa mengenai perjalanan hidup di SBPI Gombak dari sudut akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Tuan Pengetua juga mengalu-alukan kedatangan warga baharu ini dan menerima kehadiran mereka dalam satu acara simbolik penyerahan murid kepada pihak sekolah.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :