Penyampaian Anugerah Pengetua

Penyampaian Anugerah Pengetua

Isnin, 10 Julai 2016 – Murid-murid tingkatan 5 yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu telah menerima sijil ‘Anugerah Pengetua’ yang disampaikan sendiri oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak.  Tujuan penganugerahan ini adalah unttuk memberi motivasi dan semangat serta penghargaan kepada murid-murid tingkatan lima agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Murid-murid yang cemerlang ini telah dikategorikan dalam tiga anugerah iaitu Anugerah Platinum dengan pencapaian semua A+, Anugerah Emas (semua A) dan Anugerah Lompatan Saujana (pelajar 10 terbawah berjaya keluar daripada senarai).  Semoga usaha yang dijalankan dapat menjadi salah satu langkah dalam melonjakkan pencapaian SPM pada tahun ini.

Sila klik untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :