Perhimpunan Rasmi Pertama 2017

Perhimpunan Rasmi Pertama 2017

Selasa, 03 Januari 2017 – Sesi persekolahan baharu bagi tahun 2017 dimulakan dengan perhimpunan rasmi pertama di Dewan Seri Gemilang. Semua murid-murid dan guru kembali ke sekolah dengan ceria bersama semangat baharu bagi melaksanakan azam dan kecemerlangan. En Salleh Ismail, Pengetua SBPI Gombak mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah uterhadap pencapaian cemerlang sepanjang tahun lalu dan berharap kecemerlangan itu dapat digandakan lagi agar SBPI Gombak terus diyakini sebagai satu jenama terbaik dalam persada pendidikan negara.