Perhimpunan Rasmi Pertama Bersama Pengetua Baharu

Perhimpunan Rasmi Pertama Bersama Pengetua Baharu

Isnin, 13 Jun 2016 – En Salleh Bin Ismail hari ini sebagai pengetua baharu SBP Integrasi Gombak bersama-sama semua warga pendidik dan murid-murid, buat pertama kalinya dalam perhimpunan rasmi sekolah. Semua warga sekolah telah menyambut kehadiran pengetua baharu ini dengan penuh mesra dan bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan sekolah.  Mantan guru penolong kanan sekolah ini suatu ketika dahulu iitu, sudah tentu telah mengenali sebilangan besar wajah-wajah warga pendidik yang masih kekal semenjak beliau berkhidmat di sekolah ini, sebelum berkhidmat ke Sekolah Alam Shah. Kepulangan beliau ke SBP Integrasi Gombak sebagai pengetua ini sudah tentu membawa harapan yang amat besar.  En Salleh dalam ucapannya telah menegaskan tentang status sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi dan diberi taraf ‘School of Global Excellence’, yang memerlukan peranan semua pihak bagi menjaga imej tersebut.  Beliau berharap semua pihak akan bersedia untuk berkhidmat bersama-sama demi kebaikan semua.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa.