PERSEMBAHAN GAMELAN SBP INTEGRASI GOMBAK SEMPENA 12th ASEAN CHIEFS OF DEFENCE MEETING

PERSEMBAHAN GAMELAN SBP INTEGRASI GOMBAK SEMPENA 12th ASEAN CHIEFS OF DEFENCE MEETING

20150209_175718_005

Sebelum memulakan persembahan taklimat diberikan kepada kumpulan Gamelan SBPI Gombak oleh pegawai ATM Mej. Mohamed Azali Bin Md. Yasim.

Pasukan Gamelan SBP Integrasi Gombak telah menerima undangan daripada Angkatan Tentera Malaysia yang berpusat di Markas Logistik Tentera Darat, Kumpulan Kor Perkhidmatan Kem Imphal, Jalan Padang Tembak. Kuala Lumpur untuk membuat persembahan sempena Mesyuarat Panglima-Panglima Angkatan Tentera Negara Asean kali ke 12. Persembahan tersebut di adakan pada 9 Feb. 2015, di Hotel Shangri La Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam. Seramai 15 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah terlibat menjayakan majlis tersebut.

 

20150209_202058

Persembahan bermula

20150209_201047 (2)

Objektif

  1. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar.
  2. Mempraktikan kemahiran yang telah dipelajari di sekolah.
  3. Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam kesenian yang diceburi.
  4. Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.
  5. Pendedahan kepada tatalaku dan tatacara di majlis yang melibatkan protokol.
  6. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan pihak luar.