Program Guru Penyayang – Mentor-Mentee

Program Guru Penyayang – Mentor-Mentee

Isnin, 18 Januari 2016 – Pelancaran Program Guru Penyayang – Mentor Mentee 2016 telah diadakan pada hari ini sewaktu perhimpunan rasmi mingguan. Program yang dirasmikan oleh Tn Pengetua SBP Integrasi Gombak, Pn Rahanim binti Abd Rahim bermatlamat untuk mewujudkan hubungan baik antara mentor dan mentee di samping menjadi salah satu cara dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang mungkin dihadapi oleh murid-murid sepanjang kehidupan mereka di SBP Integrasi Gombak. Seramai 41 orang guru telah dilantik sebagai mentor mewakili bilangan dorm yang terdapat di asrama putera dan puteri.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa: