Program Dinamis Immersion

Program Dinamis Immersion

Jumaat, 1 April 2013 – Sebanyak 8 buah sekolah telah selamat menjalani program ‘Dinamis Immersion’ di sekolah ini selama seminggu bermula hari Isnin yang lalu. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM Sains Hulu Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud Terengganu, SM Sains Tapah Perak, SM Sains Kuala Selangor, SM Agama Kuala Lumpur, SM Agama MAIWP Kuala Lumpur, Kolej Islam Sulatn Alam Shah dan SM Agama Maahad Hamidiah Kajang (sehingga 31 Mac). Melalui program ini kesemua peserta berpeluang merasai kehidupan dan proses pembelajaran di sekolah ini. Rata-rata peserta memberi komentar tentang sistem ‘Subject Based Classroom’ yang mempunyai kelainan dan keistimewaan tersendiri kepada mereka. Melalui program ini juga mereka berpeluang bertukar-tukar pendapat dan pengalaman yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.

Klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar peristiwa :