Program ‘Outreach’ Matematik Tambahan

Program ‘Outreach’ Matematik Tambahan

Sabtu, 26 Mac 2016 – Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini dan bagi memantapkan lagi keupayaan menjawab kertas Matematik Tambahan, panitia mata pelajaran tersebut telah mengadakan program ‘outreach’ pada hari ini. Program ini telah dikendalikan oleh fasilitator mata pelajaran tersebut yang telah dilantik dalam kalangan murid-murid berpotensi. Program ini dapat memberi peluang kepada para fasilitator membimbing rakan-rakan lain untuk menguasai tajuk-tajuk dalam Tingkatan 4. Pada akhir program, murid-murid telah melalui satu sesi ujian bagi menilai input dan impak program.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar peristiwa :