Program Sister School bersama Itsukaichi Senior High School, Hiroshima, Jepun

Program Sister School bersama Itsukaichi Senior High School, Hiroshima, Jepun

23.03.25 ISNIN – Delegasi dari Itsukaichi Senior High School, Hiroshima, Jepun, hari ini telah mengadakan lawatan mesra ke SBPI Gombak bersempana dengan jalinan ‘Program Sister School’ yang telah dimeterai dengan sekolah ini bermula tahun lalu.  Dalam kunjungan kali ini seramai 2 orang guru dari sekolah tersebut dan 5 orang murid telah disambut dalam satu majlis yang diadakan di dewan Seri Gemilang. Semua warga sekolah telah berkesempatan mendengar pembentangan oleh murid-murid sekolah tersebut terutamanya berkaitan amalan kebersihan yang menjadi rutin di sekolah mereka.  Menurut Pn Rahanim Abd Rahim, Pengetua SBPI Gombak, program ini sememangnya bertujuan menjadikan Itsukaichi sebagai penanda aras kepada SBPI Gombak dalam amalan penjagaan kebersihan dan integriti yang wajar dicontohi oleh warga sekolah.

En Yagi Toshio, guru Itsukaichi SHS yang menjadi ketua delegasi mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan  yang diberi dan berharap agar jalinan melalui program yang dibuat ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Itsukaichi SHS juga teruja menanti kunjungan daripada SBPI Gombak untuk ke sekolah mereka pada bulan Jun nanti.

Kunjungan kali ini telah memberi peluang kepada delegasi Itsukaichi melawat sekitar kawasan sekolah, disamping mengadakan aktiviti bersama murid-murid sekolah ini di Bilik Bahasa Jepun. Melalui aktiviti yang dijalankan murid-murid SBPI Gombak dapat berpeluang berkomunikasi dalam Bahasa Jepun, di samping membimbing murid-murid Itsukaichi berbahasa Inggeris dengan lebih baik.

01

Penyampaian cenderamata oleh En Yagi kepada Pn Pengetua.

02

Murid Itsukaichi membuat pembantangan penjagaan kebersihan di sekolah mereka.

03

Aktiviti dalam Bilik Bahasa Jepun

04

Murid SBPI Gombak membantu murid Itsukaichi menggunakan Bahasa Inggeris.