Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Selasa, 09 Jun 2020 – SBPI Gombak hari ini mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah menerusi siaran langsung di Youtube melalui saluran INTEGOMB TV.  Sejajar dengan tempoh PKP seluruh negara, sambutan secara maya ini masih dapat direalisasikan demi meraikan guru-guru oleh murid-murid SBPI Gombak.  Menerusi siaran langsung ini Pn Nor Hayati binti Yusoff telah berkesempatan memberikan ucapan di samping ucapan dari YDP PIBG dan juga Pengerusi Alumni sekolah.  Pelbagai ucapan dan persembahan dari murid-murid telah dipersembahkan sebagai aprisiasi mereka terhadap guru-guru, di samping beberapa persembahan dari guru-guru sendiri telah dipaparkan.