Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Dalam usaha merealisasikan Wawasan Negara, Wawasan Pendidikan dan Hala Tuju Sekolah Berasrama Penuh serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami warga SBPI Gombak dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

1) Sentiasa memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid bagi memastikan pencapaian cemerlang serta peningkatan yang berterusan dalam bidang akademi, kokurikulum dan sahsiah diri.

2) Mendokong perkhidmatan Benar, Tepat dan Efektif bagi mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah demi kepentingan bersama.

3) Bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat luar bagi menjayakan program-program sekolah.

4) Menjalinkan hubungan muhibbah antara sekolah dengan ibu bapa.

5) Berusaha melengkapkan kemudahan fizikal dan prasarana sekolahdalam mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan indah.

6) Bersedia menerima sebarang cadangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan kami di sekolah ini.

7) Melahirkan warga yang penyayang, berbudi bahasa, sopan santun, hormat menghormati, bersatu padu dan bekerjasama bagi mewujudkan permuafakatan antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru dan warga sekolah dengan pihak luar.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!