Pusat Sumber

Pusat Sumber

SEJARAH PENUBUHAN

Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak mula beroperasi pada bulan  Januari 2004 dengan sasaran utama  pada waktu itu ialah mengemaskini stok bahan-bahan bacaan di  perpustakaan. Pusat Sumber sekolah ini mempunyai kemudahan seperti sebuah  bilik khas sebagai perpustakaan sekolah, sebuah bilik  untuk Bilik Tayangan, sebuah  pejabat guru, sebuah bilik rakaman, sebuah bilik serba guna dan sebuah bilik am.

         Menjelang Mac 2004, Pusat Sumber mula membuka perpustakaan untuk kegunaan para pelajarnya. Pelajar-pelajar boleh mula meminjam buku-buku dari perpustakaan secara manual menggunakan kad keahlian perpustakaan yang boleh didapati dengan membayar  yuran keahlian seumur hidup sepanjang  bergelar pelajar Sekolah Berasrama penuh Integrasi Gombak  sebanyak RM2.00.

          Bermula dengan buku berjumlah  2000 buah , kini di penghujung tahun 2018, perpustakaan sudah  pun mempunyai lebih 13,000  buah buku. Bilangan ini akan bertambah dari masa ke semasa mengikut peruntukan yang diterima dan keperluan semasa.

          Bermula April 2004, Pusat Sumber mula membuka Bilik Tayangan untuk kegunaan  guru-guru dan para pelajar. Kemudahan yang terdapat dalam bilik ini ialah  pendingin hawa, sebuah peti televisyen, sebuah pemain cakera padat dan  sebuah alat pemain kaset CD. Guru yang berminat boleh menempah bilik ini terlebih dahulu. Bermula tahun 2004 juga, perkhidmatan langganan akhbar telah dimulakan untuk semua pelajar SBPIG dengan dikendalikan oleh PSS sekolah. Pada  bulan Januari 2005, pelbagai jenis perkhidmatan pula disediakan untuk para pengguna seperti perkhidmatan fotostet, ‘laminate’ dan ‘ binding’. Kini pada tahun 2018, satu penjenamaan semula telah berlaku di dalam Pusat Sumber dengan memperkenalkan satu konsep yang lebih moden dan berinovasi iaitu “Beyond Infinity“.

           PSS juga telah mempelbagaikan aktiviti untuk  menambah tabung PSS dari masa ke semasa seperti  mengadakan jualan  ‘Request’, jualan penanda buku, jualan pen dan jualan surat khabar lama.

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
error: Content is protected !!