Majlis Perpisahan Pengetua

Majlis Perpisahan Pengetua

Isnin, 23 Mei 2016 – Setelah hampir 2 tahun 6 bulan berkhidmat di SBPI Gombak, penghujung peranan Pn Rahanim Abd Rahim sebagai Pengetua di sekolah ini sampai juga ke peghujungnya pada 25 Mei 2016.  Bersempena dengan itu seluruh warga sekolah telah mengadakan majlis perpisahan ‘Bingkisan Kasih Sanjungan Budi’ sebagai penghormatan terakhir kepada beliau pada hari ini.  Pn Rahanim yang memulakan perkhidmatannya di SBPI Gombak pada November 2013 telah berjaya meletakkan nama SBPI Gombak sebagai salah sebuah sekolah bertaraf ‘School of Global Excellence’ dengan membawa pelbagai perubahan sehingga menjadi model dan rujukan kepada sekolah-sekolah lain.  SBC (Subject Base Classroom), jadual waktu 1 jam 1 waktu, Program ILC (International Linkage Community), penambahbaikan beberapa infrasturuktur sekolah dan sebagainya sudah tentu menjadi satu penanda arasan baharu kepada kepimpinan seterusnya. Pengetua yang bakal berkhidmat di sekolah lain ini pasti bakal dirindui oleh seluruh warga SBPI Gombak.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :