Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM

Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM

Sabtu, 01 Oktober 2016 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 dan SPM bagi tahun ini yang semakin hampir menjelang, program solat hajat perdana telah diadakan pada hari ini di Surau Ar-Raudah SBPI Gombak. Program yang bermula seawal 8 pagi ini telah dihadiri oleh ibu bapa calon-calon peperiksaan di samping murid-murid yang terlibat serta guru-guru dan juga wakil-wakil daripada PIBG. Solat hajat pada kali ini telah dipimpin oleh En Azman bin Ibrahim iaitu bapa kepada salah seorang murid SBPI Gombak. Beliau juga telah menyampaikan tazkirah sebagai renungan dan ikhtibar bersama.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar peristiwa :