Sumbangan Duit Raya

Sumbangan Duit Raya

Jumaat, 1 Julai 2016 – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, jawatankuasa kebajikan sekolah hari ini telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada murid-murid projek khas dan juga murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah.  Sumbangan yang diperolehi daripada pelbagai pihak ini telah dikumpulkan dan diedarkan kepada murid-murid agar mereka juga dapat menyambut lebaran dengan ceria.  Sumbangan telah disampaikan oleh En Salleh bin Ismail, pengetua SBPI Gombak. Selain sumbangan dalam bentuk wang, mereka juga mendapat sumbangan dalam bentuk baju raya.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa: