Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat SPM

Majlis Interaksi Akademik & Solat Hajat SPM

Sabtu, 28 September 2019 – Ibu bapa murid-murid Tingkatan 5 hari ini meluangkan masa bagi menghadiri majlis interaksi akademik dan solat hajat untuk anak-anak mereka yang bakal menghadapi SPM tidak lama lagi. Perbincangan akademik bersama guru-guru lebih melihat kepada perkembangan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak menerusi peperiksaan percubaan SPM yang telah dijalankan. Pn Pengetua juga turut membentangkan unjuran perbandingan yang telah didapati melalui peperiksaan percubaan tersebut.  Usai majlis di dewan, murid-murid dan guru bergerak ke surau untuk menunaikan solat hajat dan juga bacaan surah Yassin.  Terlebih dahulu di sebelah pagi, murid-murid telah mengikuti sesi motivasi oleh Pak Anjang yang telah berlangsung di Dewan Sei Gemilang.

Sila klik link di bawah untuk gmbar-gambar sekitar peristiwa :