Month: January 2019

Pelantikan Guru Muda PT3 & SPM 2019

Isnin, 28 Januari 2019 – Murid-murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM dan PT3 hari ini telah dilantik sebagai guru muda mata pelajaran dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Setiap guru muda adalah bertanggungjawab membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah dalam pembelajaran.  Sistem guru muda ini adalah salah…

Kejohanan Merentas Desa Ke-16

Jumaat, 25 Januari 2019 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2019 untuk kali ke-16 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud…

Solat Hajat & Aku Janji SPM 2019

Sabtu, 19 Januari 2019 – Majlis solat hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki SPM tahun ini telah diadakan di Suaru Ar-Raudah pada pagi ini, bersama-sama ibu bapa mereka dan juga guru-guru yang berkesempatan untuk hadir sama. Acara selepas itu diteruskan pula di Dewan Seri Gemilang bagi bacaan ikrar aku janji…

Majlis Menggilap Bintang Tingkatan 1

Jumaat, 18 Januari 2019 – Setelah lebih seminggu menjalani orientasi, murid-murid Tingkatan 1 hari ini menutup tirai minggu orientasi mereka dalam Majlis Menggilap Bintang di Dewan Seri Gemilang.  Lebih manis lagi majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa mereka, bagi menyaksikan bakat anak-anak mereka yang kini telah bergelar murid SBP…

Pelancaran Program Mentor Mentee 2019

Jumaat, 11 Januari 2018 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 – 2019

Selasa, 08 Januari 2019 – Murid-murid yang telah dipilih memasuki tingkatan 1 di SBP Integrasi Gombak telah mendaftarkan diri hari ini.  Sempena menyambut kehadiran mereka, beberapa booth telah diwujudkan bagi mempamerkan kelebihan SBPI Gombak kepada mereka serta ibu bapa yang menghantar mereka.  Antara booth yang diwujudkan adalah booth angklung, R&D,…

Bengkel iPad – Tech-Leader Camp 2019

Ahad, 06 Januari 2019 – Murid-murid  yang mempunyai kecenderungan dan kemahiran dalam penggunaan iPad telah diberikan bimbingan melalui bengkel iPad ‘Tech-Leader Camp 2019’ selama 2 hari bermula semalam.  Tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing mereka menjadi pembantu kepada murid-murid lain semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas bersama guru…

Perhimpunan Rasmi Pertama 2019

Rabu, 02 Januari 2019 – Tirai persekolahan sesi 2019 telah dimulakan dengan perhimpunan yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang seawal pukul 7 pagi ini.  Melalui perhimpunan pertama ini, semua murid-murid dan guru berpakaian unit beruniform memandangkan hari pertama persekolahan tahun ini jatuh pada hari Rabu.  Pn Nor Hayati selaku…

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2019

Selasa, 01 Januari 2019 – Murid-murid tingkatan 1, 2, 3 dan 4 pada tahun 2018 telah mendaftarkan diri kembali ke sekolah bagi meneruskan persekolahan mereka ke tingkatan seterusnya pada tahun 2019 pada petang ini.  Ibu bapa serta penjaga turut menghantar anak-anak mereka ke sekolah di samping menguruskan pelbagai proses pendaftaran…