Bengkel iPad – Tech-Leader Camp 2019

Bengkel iPad – Tech-Leader Camp 2019

Ahad, 06 Januari 2019 – Murid-murid  yang mempunyai kecenderungan dan kemahiran dalam penggunaan iPad telah diberikan bimbingan melalui bengkel iPad ‘Tech-Leader Camp 2019’ selama 2 hari bermula semalam.  Tujuan bengkel ini adalah untuk membimbing mereka menjadi pembantu kepada murid-murid lain semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas bersama guru agar penggunaan teknologi iPad dapat diperkasakan lagi dan digunakan secara lebih efektif.  Bengkel kali ini telah mengundang 2 orang fasilitator iaitu Saudara Wilson Suai dan John Hii dari Faculty of Business, Design & Arts, Swinburne University of Technology Sarawak Campus yang telah banyak memberi input-input berguna untuk disebarluaskan oleh para Tech-Leader yang telah dilatih ini.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :