Month: September 2020

Mesyuarat Agung Koperasi Ke-14

Rabu, 30 September 2020 – Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi sekolah untuk kali ke-14 telah berlangsung hari ini di Dewan Seri Gemilang, namun begitu bagi mematuhi SOP, sebahagian dari murid mengikuti mesyuarat ini melalui saluran Youtube secara langsung di kelas masing-masing. Mesyuarat membentang dan membincangkan pelbagai usul bagi penambahbaikan koperasi sekolah…

Kursus Asas PRS

Sabtu, 26 September 2020 – Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang berperanan sebagai sistem sokongan dalam kalangan murid-murid untuk memberi khidmat nasihat awal bagi menghadapi pelbagai kemungkinan permasalahan sepanjang kehidupan di sekolah dan asrama, hari ini telah menjalani Kursus Asas PRS bagi menyediakan mereka dalam ilmu yang boleh digunapakai bagi membantu…

Penyampaian Hadiah Bulan Bahasa & Pusat Sumber 2020

Khamis, 24 September 2020 – Murid-murid yang memenangi pertandingan-pertandingan dalam aktiviti sepanjang Bulan Bahasa dan Pusat Sumber pada 30 Jun hingga 20 Julai yang lalu, hari ini telah menerima hadiah dan sijil masing-masing yang telah disampaikan oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak. Sila klik link di bawah…

Program Memperkasakan Modal Insan Tingkatan 3

Sabtu, 19 September 2020 – Murid-murid tingkatan 3 hari ini selesai menjalani Program Memperkasakan Modal Insan yang telah bermula sejak semalam lagi. Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah ini telah diterajui oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Hj Nor Naemi Md Som dari MSQ Power Training. Program ini bertujuan memberi…

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan

Isnin, 14 September 2020 – Bulan Kebangsaan yang telah dilaksanakan selama sebulan dengan pelbagai aktiviti hari ini telah diadakan majlis penutupannya oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak. Murid-murid yang telah memenangi pelbagai pertandingan yang telah diadakan turut menerima hadiah dan sijil penyertaan mereka pada majlis kali ini….

Anugerah Kepujian Pengetua

Jumaat, 11 September 2020 – Murid-murid yang berjaya mencapai standard yang ditetapkan oleh pihak Pengetua untuk peperiksaan pertengahan tahun yang lalu, hari ini telah dianugerahkan ‘Kepujian Pengetua’ (Principal List) oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak bagi memberi penghargaan kepada usaha mereka dalam kemajuan akademik. Bagi memberi motivasi…